03 November 2009

Renungan :: Umar Ditegur dgn PEDANG?!


Ketika mana Saidina Umar al-Khattab, secara rasminya telah dilantik menjadi khalifah, beliau terus berucap di mana salah satu ucapannya dikhalayak ramai, beliau mengatakan "Taatlah aku selagi mana aku masih mentaati ALLAH. Jika tidak janganlah kamu mentaatiku"(lebih kurang macam tu la..).

Lantas bangkit salah seorang yang hadir di situ lalu mengatakan "Wahai Umar, jika kamu melakukan sebarang penyelewengan maka, akan kami 'betulkan' kamu dengan mata pedang kami", katanya sambil menghunuskan pedangnya..

Agak-agak brader tu masuk Penjara atau ....

Tentulah tidak bahkan, Umar menjawab lebih kurang macam ni lah.."sesungguhnya aku berasa bangga kerana ada orang yang ingin menegurku"

Pengajaran:Tak kira lah "KITA" ni anak raja ke, anak menteri ke, anak bos ke, anak pengetua ke..kita mesti terima sebarang komen orang terhadap kita..
Memanglah kekadang komen/kritikan tu amat menyakitkan. Tapi tu semua pandangan dia berdasarkan pancaindera dan akal dia sebagai manusia...

P/S: "Berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan"

Wallahualam...

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.