16 Disember 2009

Renungan :: 10 perkara yang menghalang doa dari dimakbulkan ALLAH

Syaqiq Al Balkhy berkata: adalah Ibrahim bin Adham rahimahullah ta'ala berjalan di pasar Basrah, maka beliau
dikerumuni oleh orang ramai. Lantas mereka bertanya kepadanya:

"Hai Abu Ishaq, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: "Mintalah kamu sekalian kepadaKu nescaya akan
Aku kabulkan", dan kami sekalian sejak setahun telah berdoa tetapi belum dikabulkan.
Berkata Ibrahim, "Wahai ahli Basrah, hati kamu sekalian telah mati dan tertutup oleh 10 perkara, bagimana doa
kamu boleh dimakbulkan:

1. Kamu sekalian telah mengetahui tentang Allah tetapi kamu belum tunaikan hak-Nya.
2. Kamu sekalian telah membaca al-Quran tetapu belum melaksanakan hak-Nya.
3. Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh tetapi kamu masih mentaati dan menyetujui ajakannaya.
4. Kamu sekalian mengatakan kamu termasuk umat Nabi Muhammad SAW tetapi kamu tidak mengerjakan
sunnahnya.
5. Kamu mendakwa diri akan masuk Syurga tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk ke Syurga.
6. Kamu mendakwa diri selamat dari neraka tetapi nyata kamu melemparkan diri kedalamnya.
7. Kamu mengatakan mati itu perkara benar tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk meniliti aib teman-temanmu kamu tidak melihat aib dirimu sendiri.
9. Kamu sekalian telah makan dan merasakan nikmat Tuhan tetapi kamu tidak mahu bersyukur.
10. Kamu sekalian telah menguburkan mayat-mayat tetapi kamu tidak mengambil *tamsil darinya.

* Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.

Related Articles

1 Komentar:

Tanpa Nama berkata...

Azhar, Sepang:
nombor 8 tu lah yang paling popular dlm kalangan orang Melayu

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.