17 Mac 2010

Berita :: Hamas mahu intifada baru


Hamas
PENDUDUK Palestin membaling batu ke arah polis Israel ketika rusuhan di Baitulmaqdis timur, semalam.
PENDUDUK Palestin membaling batu ke arah
polis Israel ketika rusuhan di Baitulmaqdis timur, semalam


Rakyat Palestin merusuh bantah rancangan perbesar kawasan Yahudi

BAITULMAQDIS: Seorang pemimpin kanan Hamas menggesa agar diadakan ‘intifada’ baru semalam ketika beribu-ribu orang di Baitulmaqdis dan seluruh Semenanjung Gaza menunjuk perasaan bagi membantah pembinaan penempatan baru dan pembukaan semula sebuah kuil Yahudi abad ke-17 di kota suci itu. “Mesti ada perancangan untuk berdepan dengan rancangan Zionis ini, yang harus dilakukan bagi tempoh jangka panjang dan bukannya tindakan sementara yang membangkitkan kemarahan, kemudian habis begitu saja,” tegas Timbalan Ketua Politburo Hamas, Mussa Abu Marzuk kepada stesen televisyen Al-Jazeera. “Intifada (kebangkitan) mesti disertai oleh semua golongan masyarakat di Palestin. Setiap rakyat Palestin mesti bangkit...terhadap pencerobohan Israel,” katanya menerusi telefon dari pangkalannya di Damsyik.


Beratus-ratus rakyat Palestin merusuh dan bertempur dengan polis di Baitulmaqdis timur semalam bagi membantah rancangan Israel untuk memperbesar kawasan pendudukan Yahudi di kota yang mempunyai banyak penduduk Arab.

Perkembangan terbaru di Asia Barat itu yang menggegarkan Baitulmaqdis, menyebabkan wakil Amerika Syarikat bagi hal ehwal Asia Barat, George Mitchell menangguhkan lawatannya ke kawasan berkenaan, di mana Amerika dan Israel terbabit dalam pertikaian diplomatik serius. Polis melepaskan tembakan peluru getah dan bom asap terhadap penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah anggota keselamatan di kem pelarian Shuafat. Penunjuk perasaan itu hanya bersurai selepas pasukan keselamatan tiba.

Pertempuran juga berlaku di kawasan lain yang mempunyai ramai penduduk Arab di Baitulmaqdis timur, yang diduduki Israel ketika Perang Enam Hari pada 1967, yang kemudian menjadikannya kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Polis berkata dua pegawai cedera, tetapi tidak menyebut kecederaan yang dialami rakyat Palestin. Beberapa orang turut ditahan.

Ramai anggota polis ditempatkan di sekitar Kota Lama, termasuk 3,000 anggota di Baitulmaqdis.

Sementara itu di BANDARAYA GAZA, beribu-ribu orang berhimpun di jalan raya semalam, bagi membantah pembukaan semula kuil abad ke-17 di Baitulmaqdis.

“Dengan darah dan roh kami, kami berkorban untuk Baitulmaqdis,” laung penunjuk perasaan di kota lama Baitulmaqdis. – AFP


Sumber : Berita Harian

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.