13 Mac 2010

Suaraku :: Sambutan Maulidur Rasul 1413H/ 2010M di SMKP


    Pada 12 March 2010, SMK Pengkalan (sekolahku), telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini telah disertai oleh para pelajar dan guru-guru SMK Pengkalan serta beberapa tetamu kehormat seperti, YDP PIBG yang baru, En. Amran bin Ahmad, Mantan YDP PIBG SMK Pengkalan, En. Safri bin Ramli.

    Acara dimulakan dengan sedikit tazkirah dan bacaan ayat suci secara bertaranum, Al-Quran Nur Karim, yang di sampaikan oleh Ustaz Azizim. Kemudian diikuti dengan ucapan puan pengetua, tazkirah ringkas yang disampaikan Ustaz Muhammad Hazmi bin Muda. Majlis turut mengadakan acara penyampaian anugerah khas kepada 2 orang dari kalangan pelajar dan 2 orang dari kalangan guru. Dari kalangan pelajar, Amirrul Rabbani, dari segi penglibatan kokurikulum dan, Sarah Nurhidayah, dari segi pencapaian akademik. Dari kalangan guru pula, Encik Ahmad Kemuchak dan Cik Ikha Nadia telah mendapat anugerah ini.

    Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar SMKP, iaitu acara perarakan Maulidur Rasul. Bagi merebut title kelas terbaik, ramai antara kami yang berhempas pulas menyiapkan kain rentang, sepanduk, dan pelbagai hiasan seperti bunga manga, kain pelikat, samping, songkok, dan sebagainya. Memang meriah giller time tu. Dah macam hari raya pun ada, macam nak sambut kedantangan pengantin pun ada. Tapi, itulah semangat yang patut ada pada semua pelajar, bukan semangat nak dapat hadiah seperti gula-gula sugus atau sebotol air F&N, sebaliknya semangat cinta akan Rasulullah lah yang patut ada dalam hati semua pelajar Islam dan semua umat Islam.

    Salam dan selawat keatas baginda, rasul junjungan, S.A.W., bersahut-sahutan di setiap penjuru kawasan SMKP. Tibalah pula, acara pengumuman kelas terbaik dalam perarakan ini. Markah dikira atas keseragaman  pakaian, kekreatifan sepanduk dan kain rentang, laungan selawat dan sebagainya. Dalam kalangan  menengah rendah, Tingkatan 2A2 telah merangkul gelaran juara. Dalam kalangan menengah atas, Tingkatan 5T, pula telah dinobatkan sebagai juara.

P/S: Terima kasih banyak kepada rakan-rakan 5T kerana support giler-thriller punye. Tidak dilupakan juga kepada Puan Roni yang sponsor kain rentang dan turut berarak bersama-sama kami. Cikgu memang cool and sporting. 
        

Ini adalah antara gelagat pelajar 5T:

ketika sedang menunggu giliran untuk berarak 


  







Kain rentang kelas 5T


















Heroin-heroin 5T (sekali ala-ala Iran da...)



Hero-hero 5T








































sedang menunggu keputusan para juri
















Alhamdulillah kelas BLOGGER menang!!!
Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG yang baru En Ahmran bin Ahmad
p/s: Yang smart tu, Ketua kelas kami




















Pelajar 5T sedang bergembira meraikan kemengan. hihihihi...

















Omar turut berbangga dengan kejayaan kelasnya
p/s: kongsi-kongsi la sikit air tu.
Tak aci la bawa balik . akhz!
Kejayaan ini pasti menjadi atara kenangan terindah kami.





















Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.