30 Mac 2010

Berita :: (murai) Din Beramboi Dalam Keadaan Kritikal







KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.

Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.

"Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor. 



"Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan sentiasa memberitahu perkembangan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.

Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program  Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.

"Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010),....


"klik link di bawah bagi meneruskan pembacaan"

www.murai.com.my : Din Beramboi Dalam Keadaan Kritikal

Posted using ShareThis

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.