24 April 2010

Suaraku :: Pertandingan Puisi dan Lagu 2010

     Pagi tadi BLOGGER bersama-sama 5 orang lagi rakan BLOGGER- Laily, Faiq, Azrul, Rita dan Syuk, telah mewakili sekolah ke Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu, dengan diiringi oleh 2 orang guru pengiring, En. Mohd Fikri dan Puan Noor Bahyah. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Olimpik (dekat dengan SMK Jalan Pasir Puteh).


Pertandingan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah antaranya, SMK PENGKALAN, SMK JALAN PASIR PUTEH (Tuan Rumah) dan SMK RAJA PEREMPUAN. (lagi 2, lupa, hihihi..-terlampau fokus kat pertandingan).

Pertandingan yang agak sengit ini telah diadili oleh 4 orang hakim. Sajak terbaik telah dimengangi oleh RPS. Manakala lagu terbaik telah dimenangi oleh Tuan Rumah dan sekali gus merangkul gelaran juara, dan mewakili zon untuk bertanding ke peringkat daerah.

SMK PENGKALAN pula berada di tempat kedua bagi sajak terbaik, lagu terbaik, dan keseluruhan.
Walau bagaimanapun, Laily, penyanyi kami, sering mendapat pujian atas lontaran vokal dan sebutan bait-bait lirik yang jelas seakan-akan sudah mempunyai 5 buah album, oleh sekolah-sekolah lawan. Malahan, salah seorang dari pihak juri pun turut memuji suaranya. (bangga Lely...)


BLOGGER : kalau ada kategori penyanyi terbaik, comfirm , PENGKALAN juara.

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.