14 April 2010

SuaraKU :: Rancangan realiti untuk Pak Imam?

Kalau kita imbas balik keadaan sekeliling kita sekarang, banyak usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak dalam cuba untuk memartabatkan agama Islam di sisi masyarakat, khususnya. Tambahan pula, makin hari, makin ramai pula yang mengenakan fesyen yang bercorak Islamiah seperti bertudung, bagi Kaum Hawa, dan berseluar panjang, bagi Kaum Adam. Pada masa yang sama pula, rancangan televisyen yang bercorak keislaman sering keudara di kaca televisyen kita.


Selepas kemunculan Akademi Al-Quran dan Akademi Nasyid, kini, muncul pula rancangan realiti televisyen untuk para imam, iaitu, Imam Muda, anjuran Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). BLOGGER pun baru tahu tentang program ini dalam Astro Oasis.


Majlis pelancaran Imam Muda di Palace of The Golden Horses pada 11 Mac lalu.


Bagi BLOGGER, "Imam Muda" ini merupakan suatu rancangan realiti yang amat baik dan patut diberi thumbs-up!!!



Sedikit Info Tentang Imam Muda
Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Penerbitan Imam Muda ialah untuk memberi platform agar dapat memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.
Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.
Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, anda dijemput hadir sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8 pagi hingga 1 petang:
26 – 27 Mac 2010-Pusat Pentadbiran Islam Negeri,Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Terengganu
2 – 3 April 2010,-Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
10 - 11 April 2010-Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
17 – 18 April 2010-Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 hingga 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.
Siri pencarian Imam Muda, yang firts time ada dekat Malaysia ini bakal bersiaran di saluran rasmi Astro Oasis (saluran 106) bermula 27 Mei depan, Insya-Allah...
Sumber : MStar Online
Facebook Imam Muda :

Trailer "Imam Muda"

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.