10 April 2010

Suaraku::sekolah-Penat gilerrr...

Pagi tadi, dalam pukul 8 pagi, sekolah BLOGGER, (the lovely SMKP), ada mengadakan Program Senam Seni 1 Malaysia & Program Gotong-Royong Perdana Bersama Komuniti

Pihak yang terlibat selain warga Pengkalan ialah, PIBG, MBI, PENDUDUK SETEMPAT dan AJK SURAU TAMAN PINJI MEWAH

Program dimulakan dengan ucapan Puan Pengetua dan selepas itu, Senam Seni 1 Malaysia pun dimulakan.
Bagi bebudak Teater yang ada pergi ke SMK Temenggong Kati, akhir tahun lepas, boleh dikatakan dah pernah buat senamam ini. Tapi, di SMK Pengkalan,  'benda' adalah sesuatu yang baru. Memang gamat giler time tu.

Bukan pelajar2 yang join, malah, SATU SEKOLAH  join sekaki!!!. Bagi BLOGGER, senaman ini memang baik untuk kesihatan. Mana tidaknya, belum senaman ini habis, satu badan dah naik peluh. Apa-apa pun, memang enjoy wa cakap lu... Senaman yang mengabungkan  pelbagai jenis tarian kaum di Malaysia ini seperti, tarian Melayu, India, Cina dan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak ini, telah dipimpin oleh 2 orang wakil dari KEKWA.
"Lompat-lompat....kecut perut"
Selapas habis sahaja senaman tersebut, selepas berehat kejap, SENAMAN GOTONG-ROYONG pula diadakan. BLOGGER, bersama 4 lagi kawan BLOGGER, diarahkan meng-setting-kan balik Laman Geo Fauna ("yang ada reban ayam tu...").Then, BLOGGER ditugaskan ke PSS pula.

Program tamat dalam pukul 12tgh.

P/S : Sorry, sebab kali ini tak ada sebarang gambar@video untuk dikongsi...

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.