Suaraku :: Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia mahupun di mana cikgu berada. Ucapan ini khas juga ditujukan kepada guru-guru yang pernah mengajar diri yang kerdil ini seperti guru-guru di;- TADIKA AL-HUDA (1999),
- SK JALAN PEGOH (2000-2001),
- SK PENGKALAN (2002-2005),
- SMK PENGKALAN (2006-kini)
Kalau nak ditulis nama guru-guru yang pernah mengajarku, memang nak kena buat blog baru-lah nampaknya- sebab tak cukup ruang.
Gelaran guru bukanlah hanya untuk cikgu yang mengajar kita disekolah sahaja. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Guru, dapat didefinasikan sebagai orang yang mengajar. Jadi, tidak kira sesiapa, abang, kakak, adik, suadara-mara, sepupu, jiran, mak cik, pak cik, atau sahabat, yang pernah mengajar kita sesuatu ilmu yang manfaat kepada kita, mereka layak dipanggil guru.
Sekali lagi, BLOGGER ingin mengucapkan, SELAMAT HARI GURU.
"Guru Pembina Negara Bangsa"
0 Komentar:
Catat Ulasan