14 Ogos 2010

Berita :: Obama sokong projek masjid New York

Ucapan Barack Obama dalam sebuah Majils Berbuka Puasa

2010/08/14

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menyokong cadangan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan Islam berhampiran tapak serangan 11 September di New York, projek yang ditentang pihak konservatif dan sebilangan penduduk New York.



Tekun mendengar ucapan Presiden Amerika
“Sebagai warga negara dan sebagai presiden, saya percaya orang Islam mempunyai hak yang sama untuk mengamalkan ajaran agama sama seperti orang lain di negara ini.

“Ini termasuk ha membina rumah ibadat dan pusat komuniti di atas tanah persendirian di Manhattan sejajar undang-undang tempatan," katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa anjuran White House yang dihadiri diplomat negara Islam dan masyarakat Islam.

Pusat Islam yang membabitkan sebuah masjid,
kemudahan sukan, panggung, restoran dan pusat jagaan kanak-kanak itu akan dibuka kepada pelawat untuk menunjukkan orang Islam adalah sebahagian daripada masyarakat.


Di White House
Tapak Pembinaan masjid yang berhampiran dengan
tapak bekas runtuhan WTC

Tetapi lokasi cadangan yang hanya dua blok dari Ground Zero di mana Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia musnah dalam serangan September 11, menaikkan kemarahan sebilangan orang.





Obama mengakui tapak di mana menara berkembar itu pernah berdiri kekal sebagai "tanah suci" dan serangan 9/11 adalah "insiden tragis untuk negara kita".



Namun, katanya, nilai Amerika memerlukan semua kumpulan agama dilayan sama rata. 
“Ini adalah Amerika dan komitmen kita kepada kebebasan agama tidak seharusnya goyah. Prinsip bahawa penganut semua agama dialu-alukan di negara ini dan tidak akan dilayan secara berbeza oleh kerajaan adalah amat penting kepada diri kita," katanya.



Bandaraya New York sudah meluluskan pelan untuk bangunan di situ ditukar menjadi sebuah masjid dan dataran pelbagai agama yang dikenali sebagai “Cordoba House”.



Tepukan gemuruh kedengaran apabila Suruhanjaya Bandaraya New York sebulat suara meluluskan projek itu pada 3 Ogos lalu tetapi ada yang menjerit "memalukan" dan mengibarkan kain rentang dengan tulisan "Islam membina masjid di tapak yang ditawan mereka". - Agensi 




Di ambil dan di edit dari "Sumber"
Sumber : Berita Harian Online & Yahoo.com 

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.