28 Ogos 2010

Filem :: Magika

Magika : Pertembungan pelbagai LAGENDA



Ayu dan Malik adalah dua orang adik beradik. Malik merasakan yang dia adalah punca kematian ibu tercintanya. Selepas satu pertengkaran dengan kakaknya, Malik telah ke hutan pada waktu Maghrib. Hal ini telah menyebabkan dia tersesat ke satu alam lain.

Seterusnya, Malik telah ditangkap oleh nenek kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit. Oleh sebab itu, Ayu telah berusaha mencari kembali adiknya yang hilang itu. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapinya bagi menyelamatkan adiknya.

Pada masa yang sama, Ayu turut berjumpa dengan pelbagai watak lagenda cerita rakyat antaranya Badang, Penunggu Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Mahsuri, Pak Pandir, Bawang Putih, Bawang Merah, Hang Tuah dan
Panglima Melaka, Orang Minyak dan banyak lagi.







Filem muzikal terbitan KRU ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim. Antara pelakon yang menjayakan filem muzikal ini ialah Fimie Don, M. Nasir, Mawi, Maya Karin, Nabil, Ning Baizura, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Zain Ziana dan ramai lagi.



Filem yang sarat dengan pengajaran ini akan ditayangkan pada 23 September 2010.

ketahui lebih lanjut di http://www.krustudios.com/magika laman Facebook Magika :: Search Magika

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.