31 Ogos 2010

Suaraku :: Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Ada yang laungkan sebanyak 3 kali. Ada yang buat 4 kali. Ada juga yang terlampau excited dan expert, laungkan sampai 8 kali...hmmm..



Sebenarnya, laungan kemerdekaan yang pernah dilaungkan Bapa Kemerdekaan kita dahulu ialah sebanyak 7 kali. Tapi, pernah tak anda terfikir, kenapa Almarhum Tunku Abdul Rahman dahulu, hanya laungkan sebanyak 7 kali sahaja? Kalau ada sesiapa yang ada jawapan tu, bolehlah agak-agaknya berkongsi di sini.

Apa-apa pun, BLOGGER hari ini nak mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 tahun.

Marilah sama-sama kita mempertahankan kemerdekaan negara kita ini. Perit yeop negara kena jajah.
Mantapkanlah perpaduan demi keamanan yang dikurniakan Tuhan. Janganlah ada lepas ni isu-isu perkauman dan agama di orak-arikkan. Cakap-cakap belakang pun boleh membawa kepada perpecahan kaum.
Mana tidaknya, (bukan nak kata atau apa, cuma nak dijadikan pengajaran) depan cakap lain belakang cakap lain.
Depan, hormat, bersalaman, cakap baik-baik, apabila di belakang, kutuk habis-habis punya wa cakap lu...kutuk tahap GABAN!!!


Okey lah, tak nak lebih-lebih, nanti mati wo... Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 53 tahun.
Satu Malaysia, Menjana Transformasi.


MEREKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! ...



Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.