08 Ogos 2010

SuaraKu :: Sekolah - Sejarah Tercipta, Alam Terpelihara


Bebola EM yang tersedia 

Antara bahan campuran untuk penghasilan bebola EM

Mendengar ucapan para VIP


Yang Di-Pertua PIBG SMK Pengkalan


Penerangan tentang penghasilan bebola EM
Jom melontar!!!


Abang Polis yang menjaga keselamatan








Dalam bekas-bekas ini diletakkan bebola EM




Mantan Yang Di-Pertua PIBG


Rakan BLOGGER yang menjaga tapak pameran



Panorama SUNGAI KINTA





 Seribu Lontaran Sejuta Harapan

 7 Ogos 2010, bertempat di Kinta River Front, telah berlangsungnya majlis melontar Bebola EM (effective microorganism) yang bertujuaan merawat kualiti Sungai Kinta yang kian tercemar.

Majlis yang bermula dalam jam 9.20 ini telah dihadiri beberapa orang VIP antaranya, Exco Kanan negeri, Datuk Hamidah Osman, dan Pengarah Urusan Kumpulan Morubina Holdings Sdn Bhd, Ting Sing Yiew.

Sebanyak 13,000 bebola lumpur EM telah dilontar ke dalam Sungai Kinta. Selain warga SMK Pengkalan, program ini juga turut menjemput beberapa pihak dari sekolah lain.

Turut dikatakan juga, SMK Pengkalan merupakan sekolah pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan bebola EM ini sendiri.

Terdapat beberapa gelagat yang dapat di lihat ketika slot melontar sedang berlaku. Gelak tawa dan pelbagai keriuhan telah menbahkan lagi seri majlis ini.

Program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. 

Usaha murni ini harus diteruskan tanpa ada tanda noktahnya agar kualiti Sungai Kinta dan kualiti alam semula jadi dapat ditingkatkan kembali. Hal ini demikian, akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara. Pada masa yang sama, sektor pelancongan  turut akan meningkatkan.
Lebih penting lagi, keseimbangan ekosistem akan lebih terjamin bagi generasi akan datang.


BLOGGER:"Selamatkan kehijauan sebelum kehijauan lenyap dari pandangan"


Foto oleh Amirrul Rabbani dan Ibnul Harith

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.