29 September 2010

Suaraku :: Lama menghilang

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca keyboard myrul sekalian.
Harap anda semua sihat sejahtera.

Kepada pembaca setia blogku ini, mesti tertanya-tanya kemanakah diri ini menghilang?
Tersesat kat Amazon ke?
Tido lokap sebab main mercun ke?
Beraya TAK HINGAT ke?
Internet kena potong ke?

hahaha...

Sebenarnya bukan apa, seperti yang sedia maklum, BLOGGER pada tahun ini akan menghadapi perperangan yang bakal menentukan masa depanku selepas alam persekolahan ini. Jadi selepas sibuk menghadiri pelbagai rumah terbuka, fokusku kembali kepada SPM. Jadi, faham-fahamlah betapa sibuknya diri ini dengan aktiviti belajar, tuisyen, ulang kaji dan yang sewaktu dengannya.

Walau bagaimanapun, Insya-Allah, jika ada kelapangan, BLOGGER akan cuba menyediakan posting-posting yang menarik dan berguna untuk dikongsi dengan pembaca semua.

Selain blog yang berwajah baru, sedikit perubahan bakal berlaku
secara beransur-ansur dalam blog ini mengikut keadaan dan kesesuaian waktu. Sebagai permulaan dan perubahan pertama, segala berita pertikan daripada akhbar online, tidak lagi akan disalin-tampal di sini sebagai label berita tetapi, akan disalin-tampal ke blog Pengkalan News.

Blog ini adalah kepunyaan seorang schoolmate BLOGGER yang agak baru juga dalam arena blogging ini. Beliau telah meminta saya bekerjasama dengan beliau dalam mengelola blog ini khususnya, mencari berita-berita dari akhbar online yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca seluruh dunia.

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada pembaca sekalian kerana sudi membaca posting-posting blog ini. :D


Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.