26 Oktober 2010

Berita :: Perginya Bomoh "Paul"

Rasanya semua orang pasti kenal dengan seekor sotong kurita yang pernah mencetuskan fenomena ketika Piala Dunia yang berlangsung baru-baru ini. Paul The Octopus atau Paul si Sotong Peramal, telah pergi buat selama-lamanya pada pagi tadi.

Menurut Stefan Porwoll, pengurus Oberhausen Sea Life Centre di Jerman, "Kehebatanya (Paul) (membuat ramalan pada FIFA WC 2010) telah membuatkan dia lagi popular dari cerita tentang Piala Dunia itu sendiri"

Pekerja dekat situ cakap, kematian Paul itu memang dah dapat diagak sebab kebiasaannya, sotong tak dapat hidup lama.

Kata tokey Oberhausen Sea Life Centre itu lagi,
Paul telah pergi dalam keadaan tidur.

"Kami mungkin akan 'kebumi' si Paul ni dalam aquarium ni juga", tambah Encik Porowoll


Punya dasyat si Paul punya fenomenanya, sampai tiap kali pegi "Gerbang Malam" dekat Ipoh ni, confirm ada gambar Paul dekat baju-baju yang dijual di sana. Tak cukup dengan itu, sampai Facebook pun ada buat aplikasi tentang Paul ini meramalkan sesuatu.

Bagi penyokong-penyokong, pasukan negara Sepanyol, berita ini mungkin akan menyedihkan. Bagi penyokong Belanda dan yang kalah dengan ramalan Paul ini, mungkin sedikit kesal sebab tak dapat makan Paul ini.Hahaha...

Selepas Piala Dunia 2010, pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraannya sebagai peramal

P/S : Dengar-dengar, sebuah dokumentari tentang Paul ini, akan dibuat tahun depan

Sumber dan disunting dari, Wikipedia  dan Press Association

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.