22 Disember 2010

SuaraKu :: Lepasan SPM (Surat Tawaran)

Lepas tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH... bersambung kembali SPM ku... dan 20 hari bulan Disember tahun 2010 bersamaan 14 Muharam 1432 Hijrah (ceh!!!)... Maka bertukar lah title aku dari 'seorang pelajar sekolah menengah' ke 'calon SPM' sekarang...
jeng, jeng, jeng...  'Seorang lepasan SPM'... hahaha...
Masa ni lah aku dapat tengok unseen before aksi kawan-kawan aku...hahaha.. macam-macam ragam.. ada yang bertambah baik.. ada yang the most worse (for him/her)... manusia.. cepat saja berubah.. Okey lah... Tak nak panjang-panjang cerita.. Just straight to the point..

Baru-baru ini, ada dapat surat tawaran dari MSU. Antara tawaran pengajian kepada aku ialah,
Falculty of Information Sciences and Engineering, Faculty of Health and Life Science, Faculty of Business Management and Professional Studies, International Medical School, School Pharmacy, dan Centre for Foundation Studies .

Yang hairannya di sini, surat ini ditulis 2 November 2010... 


Minta aku register (Jika berminat) pada 8 Disember [Nov 4]...



Dan, surat itu aku terima @ diposkan kepada aku pada
9 Disember.??!!


Ada juga aku terima surat tawaran dari UNIRAZAK (Universiti Tun Abdul Razak).
Surat yang bertulis 22 November 2010 ini telah aku terima pada 20 Disember 2010.





UNIRAZAK minta aku hadirkan diri kolej TAJ pada 3 ke 4 Januari tahun depan. Kursus yang ditawarkan Bachelor of Business Administration, Bachelor of  Management, Bachelor of Education, Bachelor of Hospitality Management, Diploma in Management & Childhood Education.



Walau bagaimanapun, parent aku kata tunggu yang lain dulu. Tunggu yang IPTA. Kalau ada rezeki, tak ke mana, kan?

Related Articles

1 Komentar:

missorange berkata...

eh aq pon ada dpt dua2 tu ..huhuhu

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.