10 Disember 2010

SuaraKu:: Pengembaraan bersama Dawn Treader banyak pengajaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Lagi dua  paper je tak habis..Teknologi Kejuruteraan dengan Lukisan Kejuruteraan...
Itulah dia kehidupan. Kejap saja rasanya.
Macam semalam  je baru start SPM...

Okey lah, Berbalik pada tajuk entri, "Pengembaraan bersama Dawn Treader banyak pengajaran".
Sebut je Dawn Treader, confirm, pasal Filem Narnia yang terbaru ni kan.

Baru-baru ini, aku berkesempatan menonton Filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
Selain Harry Potter, filem adaptasi dari novel tulisan mendiang C. S. Lewis ini juga telah menjadi filem wajib tonton bagi keluarga aku.
Bagi aku, filem-filem yang banyak mengunakan kesan khas, khususnya dari segi bunyi, lebih berbaloi untuk ditonton di pawagam, tak kiralah, local ke or international.
Cicakman hari itu pun aku tengok kat panggung. Siapa kata aku tak support cerita tempatan.






Filem ini menyaksikan kembalinya Edmund dan Lucy Pevensie, bersama-sama sepupu mereka yang sombong, Eustace Scrubb, ke Narnia. Mereka menemani Raja Caspian dalam pelayaran mencari tujuh bangsawan yang dihalau apabila bapa saudara Caspian yang kejam, Miraz merampas takhta. Perjalanan yang berbahaya ini menemukan mereka dengan pelbagai keajaiban dan cabaran apabila mereka belayar menuju ke negara Aslan di hujung dunia.
Eustace Scrubb,

Banyak mesej yang tersirat dalam filem ini. Antaranya yang boleh dikongsikan,

1.Jangan suka hina orang
Apabila Peter dan Susan pergi mengembara, Edmund dan Lucy terpaksa tinggal bersama keluarga sepupunya. Sepupunya pula ini, suka hina diorang ni. Bila sampai di Narnia, baru dia tahu, siapa lagi hebat.

2. Banyak bersabar, fokus, dan jangan mudah kalah dengan pelbagai godaan dalam mencapai kejayaan.
Panjanya..haha...Okey yang ini pula,..erm...banyak la pula...ambik satu la..
Bila Edmund sampai kat satu gua di mana, kolam dalam gua itu boleh menukarkan apa-apa benda menjadi emas apabila benda itu dicelup dalam gua itu, melainkan, pedang sakti.
Edmund kata, boleh jadi kaya bila ada kolam ini. Kemudian gaduh dengan Caspian. Nasib baik adik Lucy tu leraikan. Aku rasa, kalau keep on gaduh tu, mau deme tu berpedang karang...hush..semangat teman...





Di Negara Aslan



3. Bersyukur dengan kecantikan diri kurnian Tuhan (jangan nak ubah-ubah).
Lucy ini, teringin sangat nak jadi cantik macam kakak dia, Susan. Bila dia dapat buku jampi, dia pun baca mentera itu. Melihat ke cermin, dia dah jadi macam kakak dia. Tapi, bila dia dah jadi Susan, siapa nak jadi Lucy? Hanya mereka bertiga sahaja. Peter dan Edmund jadi macam tak tahu pasal Narnia ini sebab, Lucy lah orang pertama yang jumpa Narnia. Dia bukan sahaja kehilangan "diri sendiri" malah, "Dunia Narnia".







4. Kita semua berguna
Lepas je Eustace tu jadi naga, dia rasa sedikit kekesalan apa yang dia lakukan. (Apa yang dia buat? Pergilah Tengok sendiri ceritanya ..hehehe....) Disebabkan badan yang terlalu besar, dia tak dapat menaiki Dawn Treader tu. Ye la, cuba bayangkan seekor naga nak masuk kapal. Tak pasal-pasal, tukar cerita TITANIC pula. Jadi, Eustace si Naga itu pun berterbangan di sisi kapal. Aku tengok, macam tak ada function je naga tu kat situ. Padangan aku itu bertukar salah apabila Eustace, menggunakan ekornya untuk menarik kapal itu ke destinasi seterusnya. Bijak, bijak..







Begitulah serba sedik Sinopsis dan pengajaran cerita. Bukan apa, orang kata, tengok sesuatu itu jangan hanya pakai mata, tengok pakai mata hati. Okeylah, nanti nak pergi layan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pula.. :D


P/S : Agak-agak, The Chronicles of Narnia: The Silver Chair pun difilemkan juga tak?

Related Articles

2 Komentar:

nur haifa berkata...

myrul follow blog kite.owh,lme xjumpe kmu?pe citer skrg?

Myrul berkata...

ok2..Insya-Allah..
Skrg xde wat ape sgt..
just msuk klaz bhs..
kmu?
btw, tq sudi bace blog x seberapa ni :)

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.