27 Januari 2011

Filem :: Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa - Sastera Melayu Di Layar Perak
Jika dahulu aku pernah mem-preview-kan filem Magika terbitan KRU, kali ini, dari syarikat yang sama, giliran Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).
Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia.


Al-Kisahnya...


Filem yang diadaptasi dari karya Melayu lama ini  mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.


Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.


Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Barisan Pelakon




Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)



Gambar-gambar Sedutan Filem HMM































Penerbitan

Pembikinan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan menelan belanja kira-kira RM 8 juta, menjadikannya filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan pada tahun 2004. 
Oleh sebab filem ini ditujukan kepada pasaran antarabangsa, mula-mula dilaporkan bahawa filem ini terdiri daripada 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu Klasik dan lain-lain. Akan tetapi, pada Mei 2010, ketika proses pascapenerbitan dijalankan, pihak KRU mengesahkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa keluar dalam dua versi, iaitu versi Malaysia yang melebihkan dialog bahasa Melayu, dan versi pasaran antarabangsa yang mengutamakan bahasa Inggeris.


Untuk menjimatkan perbelanjaan, KRU memanfaatkan teknologi CGI untuk menghasilkan kebanyakan latar bersejarah, selain prop dan latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.


Penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa bermula pada 9 Jun 2009 dan berakhir pada 8 Ogos, dengan menyempurnakan 90% penggambarannya di negeri Terengganu, dan selebihnya di negeri lain seperti Pahang dan Kuala Lumpur.


Yusry Abdul Halim selaku sutradara memaklumkan bahawa skrip filem ditulis merujuk kepada buku dan sumber Internet serta kajian yang dilakukan kru produksi. "Kita tidak mengambil keseluruhan cerita, sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita. Ini kerana cerita asalnya banyak mitos dan kita menukarnya menjadi logik dan mudah difahami," katanya. "Sebagai contoh, watak burung garuda dalam cerita asal kita tukar kepada watak lanun, tetapi masih mengekalkan namanya." Yusry juga mengakui bahawa filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem besar terakhir arahannya kerana "ingin memberi peluang kepada pengarah lebih berbakat mengarahkan filem terbitan KRU Studios."


Yusry; "Kami memilih Stephen kerana dalam filem ini dia mempunyai darah Iskandar Agung. Dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, boleh belajar bahasa Melayu dan betul mendalami karakter," sebagai menyentuh penceritaan catatan asli bahawa Merong Mahawangsa mendakwa dirinya keturunan raja Macedonia handalan tersebut.



Sebalik Tabir Filem HMM





























Runut Bunyi @ Soundtrack Filem
Anuar Zain tampil sebagai penyanyi lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, iaitu "Sedetik Lebih" yang digubah oleh Edry Abdul Halim dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris.


Pasaran Antarabangsa


Sebuah Bloodlines di Amerika




KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara.Difahamkan bahawa pihak Universal diberikan first option untuk mengedarkan filem ini ke seluruh dunia apabila siap kelak.


Filem Hikayat Merong Mahawangsa dipasarkan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11–21 Februari 2010, dan dilaporkan berjaya menjual hak pengedaran kepada para pengedar filem United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.


Pada Mei 2010, pihak KRU Studios mengumumkan bahawa pengedaran filem Hikayat Merong Mahawangsa sudah mencecah 24 buah negara. Bilangan itu pula meningkat kepada 60 buah negara, apabila diumumkan oleh pihak KRU pada majlis pelancaran lagu tema filem ini pada 17 Disember 2010. 



Kenapa patut serang panggung untuk filem ini?
1. Gaya filem HMM ni macam filem Holywood. Ala-ala filem Lord of The Ring, Troy dan sewaktu dengannya.
2. Bila kata KRU punya filem, mestilah best. Bukan nak promote ke apa, cuma, kebanyakkan filem-filem terbitan KRU ni, dia punya Shot selalunya cantik menarik tertarik memang da boom. Gaya penceritaan smart.
3. Filem kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang. Masa PGL ditayangkan pun mendapat sambutan hangat, inikan pula HMM.
4. Siapa yang tak kenal atau tak tahu macam mana rupa bf Sharifah Amani boleh la tengok kat dalam filem ni. Ala, yang main watak putera Rom tu.


‎"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama" - Hikayat Merong Mahawangsa 




Related Articles

2 Komentar:

aqela berkata...

ulasan terbaik~ :)

Myrul berkata...

terima kasih :)

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.