07 Februari 2011

Tentang Maher Zain...



Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Kali ni entah tiba-tiba, aku nak sharing-sharing dengan korang semua tentang seorang artis antarabangsa yang memperjuangkan muzik yang bercorak ketuhanan ataupun, nasyid.

Sebelum ini aku tengok, lagu-lagu yang berirama nasyid kurang mendapat sambutan. Namun, semua itu berubah sejak lewat 2005, lagu-lagu ini mula mendapat sambutan masyarakat. Bahkan budaya Islam kembali semula ke dalam kehidupan setelah sekian lama dilupakan kebanyakan masyarakat. 


Okey-okey, straight to the point. Nanti aku buat enrti baru pasal budaya Islam tu, sekarang, back to Maher Zain. Pada mulanya, aku kurang mengenali beliau. Siapa Maher Zain? Sepupu Anuar dan Ziana Zain ke? Ada kena mengena dengan M. Zain (Labu Labi) tak? Namun setelah selalu dengar ringtone handphone kawan-kawan, lagu Insya-Allah, maka, aku tertarik untuk mengenali beliau dan lagu-lagunya yang amat bermesej.

Maher Zain merupakan anak jati Lubnan. Namun, jejaka yang dilahirkan pada 16 Mac 1981 ini telah berpindah ke Sweden semasa beliau berumur 8 tahun. Sekolah pun kat sana. Beliau dapat keyboard pertamanya ketika berusia 10 tahun. Lepas tu, beliau mendapat gelaran sarjana muda dalam kejerutaan aeronautik (pergh!!! dasyat betul dia ni. educated kot). 
Menurut beberapa sumber, masa beliau remaja, dikatakan Maher Zain ni suka akan aktiviti
lepaking. Keluar malam. Pusing-pusing town. Tapi taklah sampai minum arak atau yang sewaktu dengannya. Antara aktiviti favorite Maher Zain bersama kawan-kawan ni ialah, bernyanyi, rapping, buat lagu dan semua yang kena mengena dengan muzik.


Salah seorang yang memberi inspirasinya dalam muzik ialah bapanya sendiri - seorang penyanyi Lubnan. Setelah banyak kali menceburi bidang muzik di Sweden, beliau kemudiannya berpindah ke NYC a.k.a New York City. Kat sana pula, beliau mengembangkan bakatnya dengan berkerja bersama RedOne. Kalau korang dengar lagu Lady Gaga, Just Dance, kat mula-mula lagu tu, GaGa ada menyebut "RedOne". Popular kot RedOne. Maher Zain juga pernah bekerjasama dengan Akon , Enrique Iglesias , Lady GaGa, Michael Jackson. Juga bersama Kat DeLuna,di album debutnya termasuk hit "Whine Up" dan "Main Show" .

Video - Demo bersama Lady Gaga sebelum melibatkan diri dalam arena lagu-lagu  nasyid.

Populariti, kemewahan dan bekerjasama dengan nama-nama besar dalam arena muzik antarabangsa, tidak membuatkan hidupnya puas. Maher merasakan ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Beliau meninggalkan The City That Never Sleeps (kota yang tidak pernah 'tidur') itu dan kembali ke Sweden untuk menceburi bidang muzik yang baru baginya lantas mengenali semula apa yang sepatutnya, secara menyeluruh.


Pada Januari 2009, beliau menjadi artis rakaman bagi syarikat Awakening Records. Syarikat ini merupakan salah satu platform bagi  penyanyi-penyanyi nasyid termasuklah, Sami Yusuf. Album beliau mendapat tempat pertama dalam Amazon.com World Music dan nombor 9 dalam carta R&B. 

Di Nogoom FM
Lagu Maher Zain 'Ya Nabi Salam Alayka', menjadi lagu terbaik 2009, dalam radio Nogoom FM, salah sebuah stesen radio terkenal di Timur Tengah.
Lepas je dapat tahu Maher Zain nak buat konsert kat Malaysia, nama beliau terus menjadi antara nama yang banyak dicari di enjin carian Google Malaysia.

Lagu hit beliau, Insya-Allah, selain bahasa Arab, lagu tersebut juga telah dialih bahasa liriknya dan dirakam oleh beliau dengan bahasa Melayu dan Perancis. Kalau tak salah, masa Maher Zain datang kat TV9, beliau ada kata yang beliau mungkin akan menerbitkan sebuah lagi album baru. Salah satu lagunya berkaitan dengan 'ibu'. Maher Zain juga kata lagu itu berentak 'gembira' Yelah, selalunya bila cakap fasal lagu tentang 'ibu' atau 'mak' confirm takat leleh!!!

Selain lagu Insya-Allah (BM/BI), lagu Baraka Allahu Lakuma dan Allahi Allah Kiya Karo merupakan salah satu lagu kegemaran aku.


Itulah dia seba sedikit kisah pemuda yang bernama Maher Zain. Aku harap semoga Maher Zain berjaya dalam kehidupannya dan diberi tenaga dan kudrat dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada seluruh dunia. Amin...

Update : Demo bersama Lady Gaga merupakan rumors. *Maher Zain tidak pernah membikin lagu untuk Lady Gaga. Yang membikin adalah RedOne dan suara tersebut bukan milik Lady Gaga. :)

*<Sumber; Nasi Lemak Kopi O (TV9, 6 April 2012 )>.

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.