20 April 2011

Semua berhak dinasihati dan beri NASIHAT

Pernah tak korang tegur kawan korang sebab mungkin dia telah lakukan sesuatu yang salah atau sesuatu yang bongok kurang menyenangkan. Kemudian dengan selambe  dia membalas "Kau pun tak betul nak tegur-tegur aku pulak" atau "Ek-eleh mamat/minah ni, suka hati akulah nak buat apa pun, mati nanti kubur lain-lain"

Kalau jawapannya YES, aku ucapkan tahniah dan bagus! Sebab, anda prihati dengan aktiviti atau kelakuan kawan anda.
Bagi kawan korang tu, aku  just nak cakap █ ^&&%(*^#@!!!. Sebab, patut korang bersyukur atau berterima kasih kat korang sebab ada juga insan yang nak tegur dan yang paling penting, sanggup bazirkan air liur semata-mata untuk korang. 



Memang tak dinafikan kebanyakkan orang kita ini memang jenis tak boleh terima nasihat orang. Golongan insan 'terpilih' ini boleh dikelaskan sebagai orang yang tidak berfikiran terbuka a.k.a otak sempit. Kita sepatutnya mengamalkan sifat berfikiran terbuka dan berfikiran jauh. Kalau orang tegur akan kesilapan kita, sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka.
Tapi, macam mana pulaks kalau benda yang kita buat itu betul tetapi, orang anggap salah. Mula-mula, terima sahaja dengan hati yang terbuka. Set kan dalam otak, "mungkin dia tak tahu kot". Kedua, cari masa dan tempat yang sesuai untuk bagitau dekat dia yang sebenarnya apa yang kita buat itu adalah betul. Ingat, jangan terus sound dia tahap home theater dekat depan orang ramai. Aibkan orang tu tak elok dan salah dalam Islam. Cakap elok-elok okay.



Bukan sahaja dalam agama malah dalam kamus kehidupan, tegur menegur dan saling menasihati sesama insan amat penting. Aku rasa korang pernah dengarkan
(khususnya yang beragama Islam dan pecinta sejarah dunia) tentang sebuah kisah ketika seorang pemimpin atau lebih dikenali sebagai Khalifah Ar-Rasyidin di mana ketika beliau baru dilantik/ditabal sebagai khalifah yang kedua. Orang dok nak 'nasihat' dia dengan pedang pun, Umar dengan tenang terima saja dengan fikiran yang terbuka. Apa tak tahu? Tak apa- tak apa, klik kat entri lama aku ini.
"Tapi bang, kalau orang yang tegur saya itu pun tak betul macam mana pulak?"
Macam yang aku dok tulis atas tadi, terima dengan hati yang terbuka.
"Aik! Mana boleh macam tu. Pasal apa nak tegur orang padahal diri belum perfect"
Okey, okey..Tenang..tenang. Sini aku nak bagi satu contoh situasi. Lepas itu fikir-fikir kan :)


Pada satu hari yang indah, disebuah shopping complex yang agak famous kat Malaysia ini. Kemudian, terdengar bunyi penggera pengesan barang curi. Kelihatan seorang lelaki berbaju pink, berseluar skinny jeans, bertopi mirip kepunyaan Maher Zain, berkasut Supra, sedang lari bagai lipas kudung, mencari pintu keluar shooping complex tu. Pak Guard yang agak berumur cuba mengejar pencuri tu sambil menjerit "tolong tahan dia! Pencuri!" 
Korang rasa apa yang orang ramai akan buat? Confirm lah tangkap mamat tu kan. Sekarang aku nak tanya, adakah semua orang yang tangkap dia itu baik sangat? 


Itulah yang dimaksudkan amar makruf nahi mungkar. Macam juga situasi dekat sekolah, tempat kerja, IPT atau mana-mana. 
Seorang lelaki muslim hisap rokok. Kemudian member dia, bukan Islam tegur dia dengan mengatakan "weh, rokok membahayakan kesihatan". 
Seorang guru bukan Islam menasihati anak muridnya supaya menjadi orang yang berguna.
Its fine lahh....


"Ala, dia budak pandai lah bang, nanti dia malukan saya pula depan kawan-kawan lain"
"Dia tu boss saya. Nanti tak pasal-pasal kene marah"


Bagi orang Islam,  korang sedar tak, yang nasihat-menasihati ini sesuatu yang mulia. Semua orang Islam wajib berdakwah tidak kira apa caranya. Kita semua umatnya ini penyambung tugas Baginda. Jangan  takut akan sebarang cemuhan atau ugutan. Jika niat korang ikhlas, memang nak betulkan sahabat/kenalan kita itu, Insya-Allah Dia akan menolong. Biasalah, kerja-kerja baik memang banyak cabaran. Kerja jahat kurang sikit. Tapi, kerja baik, susah dulu senang lepas tu, kerja jahat, senang dulu, mati  susah kemudian.


Petikan dari Laman Web milik YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang;


Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu bukan semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.
...

Misalnya, ada di kalangan kaki judi atau pencuri merasakan perbuatan mereka itu perlu ditinggalkan kerana ia tidak mendatangkan faedah satu pun melainkan menyusahkan orang lain. Lalu mereka nasihat mensihati antara satu sama lain sekali gus meninggalkan perbuatan berkenaan. 
Ini bermakna bukan ahli maksiat itu tidak mengerti bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu tidak baik tetapi nafsu bermaharajalela dalam diri mereka menyebabkan perbuatan itu masih menjadi amalan mereka.
Akhirnya dengan hidayah Allah mereka meninggalkan perbuatan jahat itu.
Menurut hukumnya sah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu berlaku di kalangan orang yang melakukan maksiat.
Ini kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat."
Ini kerana apabila orang baik tidak berani, Allah jadikan orang jahat mencegah kemungkaran supaya penduduk sesuatu kampung itu tidak diturunkan bala.
Menjadi sebab turunnya bala ke atas umat zaman dahulu kerana tidak ada di kalangan mereka orang yang mencegah kemungkaran.
Di kalangan umat Muhammad pula, pernah berlaku Islam ditolong oleh orang fasik. Menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran berlaku di kalangan mereka dan perbuatan itu dikira sah di sisi ulama.

Faham kan? Jadi jangan takut kalau nak tegur somebody dan menerima nasihat dari somebody.
Macam mana pula orang yang nak kita tegur itu lebih tua dari kita? Gunakan cara halus. Bukan bomoh. Aduh...ini lah orang kita. Halus kat sini bermaksud secara sinis. Contoh?
Ustaz Shuib, Ustaz aku time sekolah agama rakyat dulu pernah cerita dua kisah yang aku boleh kaitkan dengan entri ini.


Kisah Pertama


Pada suatu hari, cucu-cucu kesayangan Rasulullah, hassan dan hussin, ternampak seorang pak cik ini sedang mengambil wuduk secara yang kurang betul. Apa yang tak betul? Air tak kena buku lali. Jadi apa hassan dan hussin buat? Mereka menggunakan cara psikologi. Macam mana? Mereka konon-kononnya nak buat pertandingan sesama sendiri dan meminta pak cik tadi jadi hakim. Macam zaman kita budak-budak dulu, "Ayah, ayah tengok tau siapa lari lagi cepat, along ke angah". Pertandingannya adalah, siapa ambil wuduk yang paling perfect. Apabila pak cik itu tengok cucu-cucu kesayangan  Rasulullah dua-duanya mengambil wuduk dengan sempurna, maka pak cik itu pun mengakui kesalahannya.


Kisah Kedua


Dalam satu perjumpaan atau perkumpulan antara sahabat-sahabat Rasulullah yang sedang menjamu daging unta, secara tiba-tiba, salah seorang dalam kalangan mereka terkentut atau dalam bahasa sopan, buang angin secara tak sengaja. Kalau tak salah, Saidina Umar yang ada kat situ tahu siapa yang terkentut itu. Jadi bagi mengelakkan lelaki itu malu, beliau berkata semua yang makan daging unta perlu ambil wuduk semula, walaupun semuanya dah berwuduk. 
Takkan Saidina Umar nak suruh lelaki itu yang ambil wuduk sorang saja. Jatuh maruah dia beb.


(Makan daging unta antara penyebab membatalkan air sembahyang menurut Mazhab Hambali)




(Untuk kisah kedua) Kalau stail orang kita, 
"Pergh!!! Siapa yang buang angin ni?!!!!"
tak pun
"Yang cakap dulu lah yang kentut!!!!"

Hahaha...Aku sudah mula melalut. Berbalik pada tajuk besor kita sekarang. Jadi nak nasihat pun mesti ada caranya. Guna cara yang terbaik. Sebaik-baiknya, tidak menyinggung perasaan pihak yang kita nak tegur tu. Ye lah, takut dia salah faham. Niat di hati nak saling menasihati, akibat miscommunication yang tidak disengajakan dahi kita bercop kaki - sebab dia ingat kita perli dia.


Lagi satu ini, yang paling penting. Janganlah dok nasihat orang, diri sendiri hampeh!!! Tak ada perubahan. Bak kata orang utara, "Pi mai pi mai, tang tu juga". Kita sedap punya ceramah, diri sendiri tak diceramahkan.

Sebagaimana petikan ini penulis ada mengatakan;

Disebut di dalam hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul.

Kemudian perutnya diheret menggelilingi penuggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.

Manusia mengerumuni mereka seraya bertanya, "kenapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang sedap bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh mereka melakukan kebaikan?" 
Lalu dia menjawab,"aku menyuruh orang buat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah berikan kepada aku."
Walau bagaimanapun, nasihat-menasihati atau tegur-menegur ini memang dituntut dalam Islam.


Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."
Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab."
Apa-apa pun, korang kena ingat. Pahala bukan dicipta untuk kita seorang. Ajaklah sahabat handai, kaum kerabat, kenalan dekat dan jauh untuk berbuat kebaikkan. 


Daripada tulis status yang merepek-repek kat Facebook bertambah pulak status jiwang karat tahap kucing nak cari bini, nak "bercayang-cayang", "u suap I suap", "nanti I nak U suapkan", "Erm, cedapnye"," I cayang U lah" . 


Lepas tu apabila gaduh atau ada somthing tak kena, "Selamat tinggal" lah, "lepas ini aku nak membawa diri", "ak ingin bebas darimu", "bunga mawar yang ak beri sudah layu"....


Sumber ini

Adussss....Sakit mata, jiwa dan naluri aku membacanya, Lebih baik post-kan status-status yang berunsurkan nasihat atau teguran rambang. Kalau nak tegur seseorang dekat Wall korang, lebih baik tidak menamakan orang yang nak ditegur. Kerana ini boleh mengelakkan berlaku ketegurisan hati seseorang yang mungkin membawa kepada keputusan tali silaturrahim.


Tidak pun, sedekahkan sedikit kredit hanset korang ke jalan kebenaran dengan menghantar mesej-mesej nasihat atau petikan hadis atau ayat Al-Quran untuk kenalan korang. Tak perlu selalu sangat. Sebulan sekali pun okey kot. Tak pun dalam setahun kira ada la juga kan.
Buat apa beli handphone semahal BlackBerry dan iPhone tetapi mesej dipenuhi hal perkara-perkara melalut seperti mengajak ke arah maksiat dan dosa.


Assalamualaikum, Salam Sejahtera....

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.