08 Mei 2011

"C I D IPT"

Alhamdulillah....Syukur....itu je lah yang mampu aku ucapkan. Akhirnya, penantian aku selama ini untuk bergelar budak U tercapai juga.
Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Kampus Alor Gajah Melaka dalam pengajian Diploma Komunikasi Dan Media atau dalam omputihnye Mass Communication (Mass Com).

Terasa bagai mimpi (ayat jiwang doe). Sampai sekarang aku macam tak percaya. Ye lah, keputusan SPM aku kalau diikutkan macam tak ada harapan. Hari itu pun ada lah pergi satu seminar ini. Tentang IPT IPT ni lah. Salah seorang 'motivator' yang ada dekat situ mengatakan, "Adik, result adik ni akak rasa adik susah lah nak masuk U walaupun UiTM".

Bagi aku itu merupakan salah satu cabaran buat aku. Pelbagai iktiar aku lakukan beserta harapan dengan berharap leher aku ini akan tergantung sebuah benda yang bernama Kad Pelajar IPTA.
Alhamdulillah, aku kemudia dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi kursus yang aku ambil dan kini, aku ditawarkan untuk mengikuti program Mass Com itu.



Masa temu duga dekat Seri Iskandar tu jangan cakap lah. Secara jujurnya, aku hanya nervous 50% je. Lagi 50% boleh dikatakan rileks dan tenang. Bukan apa, semasa aku belajar dekat SGA dulu, memang dekat sana, sudah aku merasai "temu duga IPT olok-olok". Jadi nervous aku tu boleh lah cover sikit.

Part buat karangan 200 patah perkataan tu aku tak heran lah sangat sebab, aku dapat satu info yang mengatakan, "Alah, sembang je 200 padahal bukan nak 200 sangat. Kau tulis je apa yang kau rasa nak tulis. Merepek sikit pun tak apa". HAHAHAHA....

Temu duga bersama pensyarahnya? Wow. Ini memang tough gua cakap lu. Speaking? Memang lah yeop!!! UiTM memang bahasa perantaranya English. Antara soalan pengetahuan am yang aku tak duga ialah, apakah hubungan YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (dimelayukan). Serius, jawapan pertama yang terlintas dalam fikiran aku, rakan sepejabat dalam sektor pentadbiran. Huh., apa ke banggangnya aku ini.hahahaha.. Tiba-tiba, terlintas lagi satu jawapan yang agak samar-samar dalam fikiran aku, SEPUPU. Macam mana boleh aku terfikir? Aku teringat perkara ini memang ayah aku pernah cakap. Biasalah, my daddy ini, kuat berpolitik orangnya.Tapi taklah terlalu radikal.hehehe..Alhadulillah, jawapannya betul. =)



22 May 2011, Ahad nanti, Insya-Allah aku akan berada di Melaka bagi sesi pendaftaran. Adam, salah seorang kawan gila-gila aku turut pergi bersama dalam kursus yang sama.hahaha..Bagi Eiry, kawan sekelas aku. Antara kawan yang rapat dengan aku, aku harap rayuan kau tu dapatlah. Nanti aku akan jadi senior kau pulak..hahaha..

Buat keluarga khususnya, ibu dan ayah aku, terima kasih kerana berkorban dan mendoakan abang. RM 1000± hanya buat persediaan kelengkapan pakaian dan barangan tambahan untuk abang belajar nanti, Insya-Allah abang akan balas dengan skrol UiTM. Adik, lepas ini kene beli goreng pisang sorang-sorang. Hahahaha..

Antara barangan persiapan aku

Buat sahabat handai, sahabat sekepala, sahabat sejalan-jalan, sahabat sekelas, sahabat sesekolah, sahabat seFacebook, dan semua 'se' lah, terima kasih kerana mendoakan kejayaan bersama. Sejujurnya, memang aku akan rindukan korang semua. Memang berat buat aku nak tinggalkan semua tapi, ini adalah penentu masa depan aku.
Arif , Eiry , Omar , Fariz , Jawa, Mie, Meme, Khairi, Hadi, Ibnul, Nasrullah, Iwan, Fara, Kak Ecah Citot, Fara, Lisa, Abang Amirul, Alif Asyraf dan semua sahabat-sahabat aku di luar dan hard chatters dan Kaki Poke aku di Fb, aku akan rindukan korang semua.



Especially buat insan yang bernama Arif Shahir Afif,
Ayief, lepas ini tak boleh dah kita nak jelajah air terjun - air terjun kat perak ini. Tapi nanti kalau aku balik aku inform kau. Kita sambung balik ekspidisi ni. Pasal KL itu, aku harap sangat jadi. Hahahaha...
Antara gambar-gambar time ekspidisi air terjun..hahahaha..


Apa-apa pun, kepada semua, doakan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Internet, internet jugak, solat jangan lupa okey. =)


Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.