01 Mei 2011

Pemergianmu.....Sahabat, akan ku kenang


Sedang syok aku melawat laman web ERA.FM, aku tersinggah satu page tentang cipta lirik sendiri berdasarkan melodi yang diberi, di sini. Memang layan beb. Entah kenapa, nawaitu nak buat lirik terbantut, apabila dalam fikiran aku terbayangkan sesuatu yang diluar jangkaan aku. Sambil melayan instrumental tu, aku terbayangkan macam manalah gayanya kita kehilangan kawan karib. Aku apa lagi beb, terus bukak Word, taip apa yang terlintas dalam kepala otak aku ni.

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama aku tulis sajak sendiri, tanpa rujukan (kecuali perkataan yang tak faham), dan sendirian. Memang anugerah Allah bagi aku idea time-time gini.

So, kalau ada silap, sumbang, senget mana-mana, harap diampun 
Korang pergi kat laman web 'di sini' tu, mainkan instrumental nya. Memang layan lah kalau sambil dengar dan baca =)





Pemergianmu.....Sahabat, akan ku kenang


Seolah-olah semalam kita berjumpa
seolah-olah semalam kita berjanji
tiada yang tersembunyi
sahabat sejati
buat selamanya

Namun
selepas ini
hilai tawa mu tak kan ku dengari
selepas ini
kisah lucu hidup mu akan diam membisu
dari telinga kudus ku
selepas ini
tiada lagi berjabat rahsia
tiada lagi pelukkan mesra

Masih terngiang dalam mindaku
kali pertama kita berdua
keluar menonton wayang
kali pertama kita berdua
menjamu selera di McD dan KFC
kali pertama kita berdua
bermain badminton
berkejar kejaran
bergurau senda
"Engaku si Pendek"
"Engkau si Gemuk"
"Engkau macam buaya"
"Engkau macam sotong"
"Engkau macam cicak"
"Engkau macam chicken little"

Di alam persekolahan
engaku duduk berdekatan denganku
engkau teman rapatku
engkau tempat aku mengadu
orang yang ku percaya nombor satu
salin menyalin jawapan
sudah lali buat kita
tatkala kerja sekolah belum disiapkan

Walaupun kita berlainan IPT
Facebook dan Skype
pengekal tali perhubungan kita
Walaupun kita berlainan pejabat
kedai mamak
tempat sama kita berbual

Sahabat,
pemergian mu akan ku tangisi
pemergian mu akan ku sedari
bahawa
yang bertemu akan terpisah
Al-Fatihah dan doa
tidak akan ku lupa hadiah buat mu
bekalan ketika di sana
ketika hidupmu
setiap doa tidak akan ku tinggal nama mu
begitu jua selepas ini

Selamat tinggal sahabat
selamat tinggal si jebat
selamat tinggal Abu Bakar
selamat tinggal wahai abang

Tanah merah ini
batu nisan ini
pokok rendang ini
bunga-bunga ini
akan menjadi saksi
engkau sahabat sejatiku

Semoga engkau berbahagia di alam sana
semoga engkau selamat segalanya
semoga Tuhan mempertemukan kita
kembali




Myrul : Kalau nak copy ke apa ke boleh. Memang konsep aku, Sharing is caring. Tapi, bagilah sikit kredit kat aku ni. Susah woo nak cipta sajak ni. Bagi nama aku, Amirrul Rabbani atau blog aku pun tak apa =)

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.