21 Julai 2011

aku di 'LONDON'

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Lama juga tak aku menjenguk blog aku ni. Bukan angkara terlupa password atau jauh sekali melupakan emel aku. Kesibukkan aku di tempat orang bagi menimba ilmu dan pengalaman buat masa hadapan sedikit sebanyak menghalang aku bersama blog kesayanganku ini.

Ceh, bermadah pulak. Bukan apa, saje nak try. Jadi tak? Hehehehe…

Lendu. Atau lebih famous dikenali sebagai London merupakan tempat di mana berdirinya sebuah universiti tempat aku mengaji. Alhamdulillah, sepanjang aku kat sini semuanya okey. Bermula dengan MDS atau Minggu Destini Siswa (dalam sekolah dipanggil orientasi) sehinggalah bermula sesi kelas pembelajaran.




Masa time MDS tu, hush…pergh… dan yang sewaktu dengannya memang banyak lah yang dirasai. Penat akibat berjalan jauh, pusing satu kampus sebab nak pergi makan, dewan dan sebagainya memang biasa dalam seminggu tu. Tapi, aku anggap semua tu akan berguna untuk aku dalam mengharungi alam universiti ini. Aku memang tak boleh lupa apabila terpaksa pakai kasut kulit sepangjang hari. Tapi aku tak kesah sikit sebab, dalam mindset aku, aku fikir, ”
nak jadi wartawan nanti, lagi kene banyak berjalan”. (Tu dia, hebat konon! Hampeh!!!)



Satu bilik dan satu kos dengan schoolmate aku antara pembakar semangat buat aku terus berada kat sini selain restu keluarga. Tanggapan aku live kat sini macam asrama memang salah 100%. Kebebasan nak keluar (asalkan tak lewat) dan nak tidur pukul berapa antara kejutan budaya buat aku (tangan di dada, mata ke atas). Blok Lekir (kediaman aku di sini) memang boleh aku anggap rumah keduaku. Para senior  pulak memang sporting. Kami diajar untuk menghormati sesama sendiri. Tak kira dulu sekolah teknik ke, sains ke, agama ke, dulu pelajar terbaik SPM, 10A, 20A sekali pun, kat sini semua sama. Selagi tak kasi orang masalah, selagi itu, masalah tak akan ada dekat kita.

Sekitar Tasik :)

Macam-macam orang aku jumpa dekat sini. Ada yang okey, dan ada lah juga segelintir yang kureng sikit. Ada yang baik dan ada yang 'bajet' baik. Bak kata Adam, "Nak wat camno", dah perangai orang lain-lain Tuhan ciptakan. Kalau sama, tak variety lah hidup.  Perangai macam geng-geng aku yang dekat perak dulu pun adalah juga kat sini. Tapi, geng-geng aku sana, memang tak ada galang ganti (ayat kipas :D). Bila sebut pasal kawan-kawan ini, boleh touching  gak lah. Rindu lah time gerak pekan, main bowling, tengok wayang, mandi air terjun…
Apa-apa pun, jadi diri sendiri itu lebih terbaik. Say No To Hypocrite Person!!!

Logo yang menjadi kebanggan warga Lekir

Bilik aku, Lekir **** (Nombor bilik dirahsiakan..hahaha..poyos!!), terdiri daripada 4 orang (Aku, Adam (The Schoolmate :D), Zarul & Fahmi). Zarul budak JB dan Fahmi budak Putrajaya. Hidup dekat level and block ni macam satu kejiranan dan 'taman perumahan'. Alhamdulillah, aku boleh kenal dan rapat dengan semua geng-geng level  aku ini. Para senior pulak, contohnya Acap dan Pulu antara yang boleh aku anggap sebagai abang dekat sini. Kami diminta dan ditegaskan agar tidak memanggil geng-geng senior sebagai ‘abang’.  Bukan apa, selain nak merapatkan silaturrahim tujuan ini jugak untuk menghapuskan sifat dan sikap ‘seniority’ yang melampau.


Sekitar Dataran Keris

 Kelas yang tak tetap dan jadual yang kadang-kadang  flexible dan kadang-kadang terlampau pack serba sedikit menguji ketahanan fizikal dan mental aku, pada awalnya. Tapi, orang kata, alah bisa tegar biasa, semua ini aku sekarang anggap benda biasa apabila dah lama. Pensyarah bukan macam cikgu sekolah. Pensyarah hanya membimbing sedikit namun, pelajarlah yang harus berhempas pulas sampai pecah meja berpusing pinggang untuk mendapatkan sebuah harta  yang tak ada galang gantinya, ilmu. 
MMC1101D nama diberi buat kelas aku. Overall, class nie memang best + gempakz. Keceriaan dan kadang-kadang kegilaan classmate (dan kadang-kadang lecturer) membuatkan aku cuba sedaya upaya tak miss satu pun kelas atau event kelas walaupun tak sihat. 3 kali tak datang kelas, tatatertib la jawab nye. Btw, aku masih ingat lagi kata-kata class rap kitaorang, "We are FAMILY"............................

Kokorikulum (koko) gak sebahagian dari subjek akedemik. Maknanya, pentingnya koko sama dengan akedemik. Pertahanan Awam, PBSM, Palapes (ROTU), Kesatria Negara, Bomba dan sebagainya antara contoh unit uniform dekat sini. Kesatria Negara saja  hanya diwajibkan pada sem 1 dan selepas itu kita diberi pilihan sama ada nak go on, atau masuk tekwado, ping-pong dan sebaginya.



‘Komed!’ merupakan persatuan untuk pelajar-pelajar masscom. Komed! Memang best... Senior-senior dalam Komed! Ini sporting gilerrrrrzzzz….. Banyak event-event yang dilanjurkan Komed! kebanyakkannya AWESOME!!!! (awesome di sini bukan diambil dari trademark Kay AF9)

 

Jika di sekolah dulu aku dipanggil ‘amirul’, ‘mirul’, atau ‘rabbani’ namun, kat sini aku lebih famous dipanggil dengan ‘bani’. Ada jugak  yang eja ‘bunny’ dan ‘Barney and Friends’  -.-“.  Anas (levelmate) panggil aku ‘rabbit’. Sopi (levelmate & classmate) pulak kadang-kadang panggil aku ‘amirrul’. Maybe sebab nama dia ada ‘amiru..’ kot tu yang senang ingat. Tak kesah lah , asalkan orang senang ingat nama aku. :D

Haka. 'Benda' wajib yang perlu warga Lekir belajar. Bagi aku Haka ini quite interesting gak. Boleh gak release 'tensi' dalam jerit-jerit tu. hehehe... Muka dan perasaan dalam Haka kena lain sikit. Kena buat Se-pailang  mungkin..

Baru-baru ini aku menyertai sebuah pertandingan debat (Pertandingan Debat Piala Rektor (Pengarah)). Banyak benda aku belajar dari ilmu debat ini. Pulut, Sopi (koyat), Epol (Chulas), Nik (Sugi), Zaf, Amir (Alam) dan aku telah menjadi wakil Lekir untuk ke pertandingan itu. Pada mulanya aku ‘zero’. Lama kelamaan aku mula mengenal seni perdebatan. Betullah yang orang cakap; apabila kita bersama-sama dalam sekumpulan yang cemerlang (otai-otai), kita pun akan menjadi seperti mereka atau sebaliknya dan sebaliknya. Apa-apa pun, tempat ketiga!!! Yeah!!!! Ingat senang ke? Berpoluh 'keti' tau nak sampai situ.
Bagi pertandingan Puisi dan Lagu, group aku, "Mirage Lekir", cuba menyapu bersih namun, penyapu ronggak sikit. So, dapat tempat kedua. Persaingan sengit ini tak akan dapat aku tempuh tanpa geng-geng Mirage Lekir; Adam, Zul, Akim, Hafidz, Faiz,.  Korang memang BEST BRO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, setakat ini je kot yang dapat aku kongsi dekat sini. Ini pun aku dah try seringkas mungkin. Nak story A sampai Z full version memang boleh buat novel lah jawabnye...
Apa-apa pun, terima kasih, xie xie, nandri, gomawo, shukran, kerana sudi baca entri ni.

Myrul : Macam pelik pulak rasanya bila dah lama bukak blog ini. Nampak sangat aku kini agak "kekunoan blog". 

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.