15 November 2011

Terima Kasih Pak Latib

"Penulis Novel Sejarah No.1 Malaysia". Itulah frasa yang wujud disetiap muka-muka hadapan karya "Pak Latib" atau nama sebenarnya Abdul Latip bin Talib. Jadi, apa kena mengena aku dengan penulis novel sejarah no1 Malaysia ni? 



Dulu, kalau sebut tentang novel, otak aku akan memikirkan sesuatu yang bosan dan boleh mengantukkan mata saja. Tapi, semua tu berubah pabila family aku temankan aku ke kedai buku Popular (dalam Ipoh Parade), untuk pergi beli buku-buku rujukan untuk aku bersedia menghadapi alam form 4 dan form 5



Aku terpandang senarai buku terlaris kat Popular tu. Dalam top five tu, novel karya Pak Latib yang berjudul Khalid : Memburu Syahid. Confirm - confirm lah cerita pasal sahabat Nabi Muhammad yang mendapat gelaran 'Pedang Allah' tu. Bagi aku yang suka akan cerita sejarah khususnya yang ada menceritakan kisah perperangan dan taktiknya, memang menarik bagi aku.

Timbul pula rasa nak baca novel tu. Tapi, aku tak pernah 'beli' sebuah novel sendiri pun sebelum ini. Takut bosan membacanya. Sifat ingin tahu aku, memadamkan segala prasangka tu (ayat tak boleh bla). Aku belek-belek novel tu. Tebal. Harga agak mahal bagi pertama kali nak membaca sebuah novel. 


Di sebelah novel tu, ada satu lagi novel karya beliau juga. Agak nipis. Harga agak murah dari yang itu. Tajuknya, Ikramah : Penentang Jadi Pembela. Kisah Ikramah anak Abu Jahal yang mati syahid. Abu Jahal ada anak yang masuk islam? Mati syahid? Menarik ni. Jadi sebagai langkah pertama, aku membeli novel itu (tak miss buku rujukan :) ).

Memang lain dari yang lain. Teknik penceritaannya membuatkan aku 'masuk' ke zaman saat Ikramah menentang ajaran Nabi Muhammad sehingga menjadi salah seorang syuhada. Specially part perperangan. Hush!!! Semangat kot baca. Terasa macam ada background music pulak. Paling menyayat sekali, saat kematian beliau.

Sejak dari itu, aku mula minat dalam membaca karya-karya beliau dan karya-karya orang lain. Setakat ini aku telah mengumpul 9 buah novel koleksi Novel Sejarah Islam tulisan Pak Latib.


Antara yang menjadi kegemaran aku ialah novel yang menceritakan kisah Khalid  al Walid, Salahudin al Ayubi, Tariq bin Ziyad dan Sultan Muhammad al Fateh.


Selain ilustrasi kulit novel yang menarik, style penceritaan Pak Latif cukup menarik. Jika dihayati betul-betul tulisan beliau, boleh 'ngingau' dibuatnya.


Macam yang terjadi kat salah seorang kawan baik aku, yang merupakan juga peminat hasil tulisan beliau, di mana kawan aku bagi tahu yang dia terlalu asyik membaca Novel Khalid al Walid, sehinggakan 'termimpi' yang dia menjadi salah seorang tentera yang sedang berperang dengan golongan murtad.




Sekarang ini aku tengah nak dapatkan novel tentang Mustafa Kamal Ataturk. Serius, buku ni memang susah nak dapat. Jenuh pusing Ipoh, KL, Melaka, tak jumpa jugak. Harap masih ada stok.


Selain karya Pak Latib, aku sekarang sedang menghabiskan bacaan pada beberapa buku lain antaranya Travelog Wartawan Islam dan Antologi Puisi : Tajam Fatamorgana, 


Kalau nak kenal beliau dengan lebih dekat, korang boleh surf blog peribadi atau pergi ke Facebook peribadi beliau.

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.