29 September 2012

Berbeza pendapat? tegakkan pendirian.


Dalam kita hidup dalam kepelbagaian cara hidup dan ragam manusia, kita memang tak dapat nak elak dalam hal perselisihan pendapat. Berselisih pendapat dengan kawan, ahli keluarga, rakan sepejabat atau dengan sesiapa pun.

Sebenarnya, perselisihan pendapat ini bagi aku menunjukkan sesuatu ilmu atau perkara itu tak hanya ada satu cabangnya. Dalam erti lain, ilmu atau sesuatu perkara itu memang luas skopnya.


Sebagai contoh, perkaranya 'pokok kaktus'. Ada yang akan cakap pokok kaktus itu berduri. Ada juga yang akan cakap pokok kaktus itu warna hijau. Mungkin juga ada yang akan cakap pokok kaktus itu hanya tumbuh di kawasan kering dan pelbagai lagi pendapat.

Ya, perbezaan pendapat ini apabila dah terlalu melampau, boleh membawa kepada perpecahan, perbalahan, tak sependapat dan sebagainya.

Kita jangan cari titik perpecahan, sebaliknya titik persamaan itu perlu diterangkan. Jika kita rasa pendapat kita itu benar, tegakkan kebenaran dengan berhujah secara bijak dan berisi (ada fakta).

Jika pendapat kita salah, kita mengalah dan minta maaf jika perlu. Profesionalisme itu penting. Itu menunjukkan tahap kematangan seseorang.

Masalah orang kita sekarang, jika pendapat dia tidak betul, dia tetap nak jadikan betul. Macam menegakkan benang yang basah.

Serangan isu peribadi atau isu yang tak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan antara perkara cliche apabila pendapat seseorang itu kalah atau hujahnya lemah dan cuba untuk menampakkan dia menang.


Dalam hal yang macam ini kita perlu tenang, dan jangan cepat melatah. Sebab kita betul kan? So, tegakkan pendirian dengan kebenaran sebab walau pusing ikut mana pun, kebenaran itu tetap akan menang.

Apa-apa pun, kita kena bijak dalam nak menghadapi perkara-perkara macam ini. 'Terus tenang dan jangan cepat melatah'. Itu kata kunci yang kita perlu ingat.

Fakta, lawan dengan fakta. Bukan fakta, lawan dengan 'tumbukkan' dan 'cacian'. Jangan kita takut kalau kita rasa kita benar. 

Juga kita kena ingat, menegakkan pendirian bukan nak menunjukkan kita ini hebat, sebalikkanya berbincang atau berhujah dalam menegakkan pendirian adalah untuk menunjukkan apa sebenarnya yang betul dan apa sebenarnya yang salah. Seterusnya kita bawa semua ke arah yang benar.

Apa-apa pun, kita kena berbalik ke panduan dan pegangan asas kita, Al-Quran dan Sunnah.


Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.