28 April 2013

Pilih Pemimpin Macam Nak Pilih Bini



Politik, politik, politik. Mesti korang angin kan dari tv ke twitter bawa ke blog dan facebook, semua heboh pasal politik. Chill lah. Musim pilihan raya negara kan. Takkan nak cakap pasal gwiyomi je memanjang. 


Sebagai rakyat Malaysia, yang sayangkan negara dia, selain prepare untuk interview kerja atau sambung belajar, kita kena ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan semasa ni lah, khususnya yang berlaku sekarang,isu pilihan raya atau lebih spesifik, bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.






Ya, mungkin korang  kata "politik tu bosan", "politik tu kotor", atau "politik bukan hak kita, biaq pi lah dengan depa orang politik". Sebenarnya kita kena tahu yang sebenarnya politik tu tak se-'sucks' yang kita sangkakan. Yang sucks sebenarnya politician. 



Ada je negara yang mengamalkan politik bersih. Ya, tapi tak banyak. Mungkin di negara-negara Skandinavia. Mungkinlah. Kalau salah fakta minta diperbetulkan.


Kenapa PRU-13 nampak lebih 'rancak' dari yang sebelum?


pakatan-bn-malaysia.jpg (300×221)


Kalau kita dapat tengok sekarang ni, dari pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR), kempen mereka kali ini lebih 'rancak' sehinggakan ada yang mengatakan ini adalah 'perperangan'.
Yang di Barisan Nasional rancak berkempen di media-media mainstream, selain iklan-iklan di Yahoo Mail, YouTube, dan Skype. Yang di Pakatan Rakyat pula rancak berkempen melalui ceramah-ceramah jelajah seluruh Malaysia dengan bas dan lori pentas cermah parti masing-masing, di surat khabar parti dan juga di media-media baru. 



kerajaan_pr.jpg (479×400)


Hal ini semua sedia maklum adalah impak dari pilihan raya yang lalu di mana Barisan Nasional telah kehilangan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak (sementara sebelum berlaku krisis), Selangor. Manakala Kelantan kekal di bawah pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Kesan dari itu, pihak BN mula merombak semula strategi berkempen mereka manakala di pihak PR mengkaji dan menguatkan strategi berkempen mereka. 





Sebab itu kali ini, BN dilihat bersungguh-sungguh untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan PR khususnya di Selangor. Manakan tidak, Selangor selama ini dikatakan sebagai salah satu kubu kuat BN. Siap ada lagu lagi. Orang Perak macam teman ni jealous lah sikit. Gurau. Manakala di pihak PR pula selain ingin mempertahankan negeri-negeri yang mereka menangi, mereka juga giat berkempen untuk ke Putrajaya.




Banyakkan membaca dan ambil peduli


Khusus yang sudah mendaftar sebagai pengundi dan memang nak pilih pemimpin untuk kawasan masing-masing dan negara, membaca dan ambil peduli itu penting. Ini sedkit sebanyak akan membantu kita untuk pilih calon yang layak bagi mewakili suara kita di peringkat negeri dan parlimen.



Sibuk dengan urusan yang lebih penting sehinggakan tak ada masa nak ambil tahu mungkin satu alasan yang tak logik di zaman 2013 ni. Tambahan pula jika kita ada smartphone. 


Takkan lah tak ada orang tweet atau post dekat Facebook dan Twitter apa-apa yang berkaitan dengan musim pilihanraya ini. Tambahan pula, banyak portal-portal berita yang tersedia. Rajin-rajin lah sikit search





Dalam menilai sesebuah berita itu kita pula kene bijak. Kita kena ingat, yang dok menulis berita itu adalah manusia. Manusia tidak 100% sempurna. Boleh jadi sesebuah berita itu benar, juga boleh jadi sesebuah berita itu fitnah dan palsu belaka. Ada setengah -setengah wartawan itu ikhlas dan jujur menyampaikan berita dan ada juga wartawan yang menyampaikan sesebuah berita itu dengan sebaliknya.





Mungkin aku tak perlu ulas lebih panjang tentang isu dan masalah kebebasan media di Malaysia ini. Kita semua sedia maklum dan sedar kan. Melainkan kita ni baru lahir.



Apabila dapat kepada kita satu berita itu, siasat kesahihahnya itu adalah langkah pertama yang harus kita buat. Jangan kita jadi bangsa pemalas, yang hanya terima sahaja apa orang kata tanpa diselidik isunya. Maka, jadilah kita ibarat burung kakak tua yang hanya tahu mengajuk apa yang tuanya cakap, tapi maksud sebenarnya harem tahunya. Lagi teruk, kita sampaikan perkara yang tidak pasti kesahihannya itu kepada orang lain. Tak kah itu sudah memfitnah namanya.





Rajin-rajin lah letak berita A sebelah, berita B sebelah. Bandingkan. Nilaikan.

Bukan apa, takut-takut salah pilih pemimpin. Masa tu bila hak kita sebagai rakyat tak dapat dilaksanakan dan banyak penyelewengan, tak ada guna dah. Kena tunggu lagi pilihanraya 
seterusnya. 




Kalau kita ada masa lebih sikit, pergilah ke cermah parti politik calon wakil rakyat tempat kita. Kita tengok dan dengar sendiri apa yang disampaikan oleh calon tersebut. Tak salah pun. Sebagai contoh, ada 2 parti yang bertanding di kawasan kita. Kita pergi kedua-dua ceramah. Nilaikan keadaan ceramah dan apa yang disampaikan. 



Jalankan tanggungjawab






Bagi yang sudah layak mengundi, mengundilah. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. 

"Lantaklah diaorang. Orang politik semua sama je. Malas nak mengundi"

 

Seperti orang cakap "politik Malaysia sucks" lebih kurang sama dengan situasi atas ni. Ayah aku ada cakap dekat aku, mana boleh semua sama. Kalau semua sama apa guna wujudnya syurga dan neraka. Ayah aku cakap, pilih pemimpin ni macam nak pilih bini (isteri). Tak kan semua perempuan sama. Depa manusia juga bukan robot. Lagi pun, dalam nak cari calon isteri bukankah kita sebagai bakal suami nak cari wanita yang First Class untuk menjadi ibu kepada anak-anak kita. Macam tu nak pilih pemimpin. Pilih pemimpin yang First Class. Sebab dia bukan sahaja nak pimpin kita, dia juga nanti nak pimpin anak-anak kita. Nak kah kita biarkan anak-anak kita dipimpin oleh pemimpin yang tak amanah, kurap (korap), dan hanya pentingkan perut sendiri sahaja. Kita mesti nak yang terbaikkan.



Kalau kita tak nak mengundi, tak apa. Tapi nanti, lepas pilihanraya, apabila ditakdirkan kerajaan yang dilantik, naikkan harga barang runcit melampau, harga minyak dinaikkan, cukai naik, jalan raya berlubang-lubang, semua, jangan kita cakap, "tak guna punya kerajaan". Hang tak mengundi buat pa hang nak bising? Kasi jahit itu mulut bak kata ayah aku.




Jadi, di sini, kepada yang layak mengundi, cukup syarat semua, pergilah mengundi. Kalau tak nak beratur lama-lama, datang awal. Ala, beratur panjang-panjang tunggu tiket bola, tiket konsert boleh pulak. Bukan hari-hari mengundi ye dok. 




Kita sedia maklum, memang ada masalah dalam negara kita. Rasuah melampau, masalah sosial yang semakin parah, jenayah semakin berleluasa. Tidak kurang juga kebebasan media kita disekat sehingga kita di tempat yang ke 145 daripada 179 dalam indeks kebebasan media 2013 (Dilapor oleh Reporters Without Borders), dan mungkin banyak lagi masalah dalam negara kita ini yang kita dah tahu, tak perlu disebut.



Akhir kata, jika kita sayangkan Malaysia ini, nak tengok Malaysia kekal lama, Malaysia dan rakyatnya terus seiring membangun, pedulilah hal ini. Pergi mengundi.


Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.