14 Oktober 2013

Pengorbanan


Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza tentang pengorbanan. Boleh jadi sebab pengalamannya atau hanya menghadam mana-mana sumber bacaan. Namun, apa yang kita tahu pengorbanan ini merupakan satu jalan yang mana untuk kita dapat atau capai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada. Masa, tenaga, wang, malah ada yang berkorban nyawa.


Nabi Ibrahim A.S, tatkala diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya, Ismail A.S, sanggup menjalankannya walau pada awalnya baginda agak binggung. Namun, Allah S.W.T Maha Penyayang kepada hamba-hambanya. Allah bukan mahu Ibrahim A.S membunuh anaknya, sebab itu diganti dengan haiwan yang sebenar. Allah mahu Ibrahim a.s. memperlihatkan bahawa cintanya kepada Allah mengatasi segala perasaannya. Itu kemuncak seorang nabi, itulah kemuncak seorang da’i dan itulah kemuncak seorang pejuang (DrMAZA, 2009).

Gambar hiasan

Hidup ini ibarat sebuah perjuangan. Perjuangan untuk menambah baik dari yang asal. Bukan mengubah fitrah. Maksudnya di sini, contohnya,  ada seorang anak yang hidup dalam keluarga yang miskin. Demi untuk mengubah nasib keluarganya, dia belajar bersungguh-sungguh dan dipelawa ke universiti. Setelah tamat belajar, dia bekerja dan membantu meringankan bebanan keluarganya. Ini contoh pengorbanan seorang anak yang miskin yang ingin mengubah nasib hidupnya.


Sejarah juga melihat di mana di bumi Turki satu ketika dahulu adanya seorang Sultan yang masih remaja, dilantik. Muhammad Al-Fatih (Mehmed II), tatkala remaja seusianya hanya berfikir untuk mencari wang dan bersuka ria, beliau sudah punya visi yang jauh, menakluk kota yang kebal, Konstantinople. Masa remajanya dipelajari ilmu agama, sains, matematik dan enam jenis bahasa iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Tatkala di medan perang, syahid tujuannya. Beliau lebih selesa turun padang bersama para tenteranya dari hanya duduk di istana, hanya member arahan. Hasilnya, pada Mei 1453, kota yang kini dikenali sebagai Istanbul, berjaya ditaklukinya seawall usia 21 tahun.


“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Peribahasa Melayu ini cukup menggambarkan apa itu pengorbanan. Namun, malang sekali, ada sebahagian dari kita, khususnya bangsa aku sendiri, lebih selesa ‘bersenang-senang’ dahulu tanpa dia sedar akan terima ‘sakitnya’ kemudian. Akhirnya, muncul lah frasa “lantaklah, apa nak jadi, jadi”. Hanya berserah, tanpa berusaha. Lantas, kumpulan lain dicemuh, tanpa sedar diri sendiri malas untuk bangun.


Rezeki tak akan datang bergolek tanpa ada usaha. Ustazah semasa aku di SMK Pengkalan, Lahat, dulu selalu menyebut satu pepatah Arab, “Man Jadda Wa Jada”- siapa yang berusaha dia yang dapat. Kadang-kadang, keadaan yang terlampau selesa membuatkan setengah-setangah dari kita hanya duduk tanpa berfikir untuk bangun.


Tapi, bagi aku antara pengorbanan yang terbaik adalah, perngorbanan spiritual kearah kebaikkan. Bukan senang bagi seorang yang jauh dari penciptaNya, yang selama ini bergelumang dengan dosa, harus meninggalkan alaman hariannya demi kembali ke fitrah.


Hari-hari kita adalah sebuah perjalanan kehidupan kita. Perjalanan ini tak akan sunyi dengan cabaran dan dugaan. Ada kalanya kita jatuh, ada kalanya kita bangkit. Dalam perjalan kita jangan lupa jenguk kebelakang sekali sekala, agar tidak lupa asal kita di mana. Juga, jangan dilupa insan yang banyak berkorban untuk diri kita sehingga kita sampai ke tahap kita sekarang- ibu bapa, keluarga, rakan yang menyokong, dan sesiapa sahaja yang berjasa. Kalau rasa sunyi dalam perjalanan, apa kata kita ajak sesiapa yang sedang duduk atau jatuh di perjalalan, berjalan bersama kita. Takkan kita nak bahagia seorang-seorang kan?
Selamat Hari Raya Aidiladha J

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.