26 Disember 2013

Tsunami datang lagi?



Ini bukan entri ramalan Tsunami atau kiamat seperti berkeliaran di alam maya ini menerusi entri, status, sms atau whatsapp berangkai yang mengarut. Ini cuma sedikit perkongsian aku.

Masa part 2, aku ada belajar subjek COM 163, Writing for the Media. Pada satu kelas petang kami diajar perkara asas dalam menulis sesebuah berita. Dalam serious Miss menerangkan kepada kami ciri-ciri sebuah berita dan apa itu berita beserta contoh.

"Saya berkesempatan ke Banda Aceh. Selepas kejadian Tsunami. Bandar dia dah cantik. Kira macam dah pulih dan kembali seperti biasa. Saya ambil kesempatan melawat masjid Banda Aceh (Masjid Raya Baiturrahman)", Miss mula buka cerita.

"Masa tu waktu solat baru masuk (waktu solat apa, aku pun lupa. Zohor atau Asar rasanya). Jemaah tak berapa ramai. Biasalah, sembahyang fardhu mana nak ramai. Ada orang tempatan bercerita dengan saya. Masa Tsunami tu berlaku, masjid tu memang tak terusik langsung dari air deras punca dari Tsunami. Cuma ada kerosakan sikit-sikit. Disebabkan masjid tu satu-satunya bangunan yang ada, hampir semua penduduk tempatan pergi masjid untuk menyelamatkan diri. Orang terlampau ramai. Sampai ada yang cakap, ada yang kena tindih, dan pengsan kerana terlampau ramai sangat orang berhimpit-himpit."

"Lepas sahaja kejadian Tsunami ni, masjid kembali lengang. Tinggal 2 3 saf. Masa susah, orang sanggup berhimpit-himpit dalam masjid untuk menyelamatkan diri."

Ya, kejadian Tsunami 2004 hari memang memberi impak yang besar khususnya buat orang Malaysia. Kita diajar dalam ilmu geografi yang Malaysia merupakan kawasan yang diluar dari Lingkaran api Pasifik di mana bebas dari gempa bumi yang kuat. Tapi siapa sangka, walaupun 'tempias' dari negara jiran, angka korban yang banyak serta kemusnahan harta benda membuktikan, tiada apa yang mustahil dalam kuasa alam, kuasa Tuhan.

Pesta dan konsert dihentikan buat seketika. Begitu juga dengan segala bentuk acara hiburan. Semua ini bagi mengenang mangsa-mangsa Tsunami. Namun, semua tu kejap saja. Yakejap saja. Seberapa lama lepas tu, kembali macam asal. Macam tak ada apa-apa.

Kini sudah 2013. Berapa banyak antara kita masih ingat peristiwa Tsunami 2004 tanpa reminder dari Facebook atau dari mana-mana media.

Kadang-kadang kita kurang atau terlepas pandang, dalam mengambil apa-apa pengajaran dari perkara yang berlaku sekeliling kita, sama ada kecil atau pun besar. 

Untuk peristiwa Tsunami ini mungkin ada sedikit, contohnya disediakan alat pemberi amaran awal Tsunami. 

Chill lah, aku bukan nak kata tak boleh hiburan langsung. Aku pun pergi karaoke, tengok movie gak kadang-kadang hujung minggu. Tapi bila bab agama dan akidah kita, kena ambil serious. 

Jangan nanti ada Tsunami datang 'menyambar', baru teringat ada 'hutang' yang belum bayar.

Bukan sahaja untuk korang saja, juga untuk aku yang selalu lena perlu dijaga.

Related Articles

0 Komentar:

Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.